https://ms.wikipedia.org/wiki/Peperangan_udara
Peperangan udara
Peperangan udara ialah penggunaan pesawat tentera dan pesawat terbang lain dalam peperangan. Peperangan udara merangkumi pesawat pengebom menyerang tumpuan musuh atau sasaran strategik; pesawat pejuang bertarung untuk menguasai ruang udara; pesawat serangan darat terlibat dalam sokongan udara dekat terhadap sasaran darat; pasukan udara tentera laut terbang menentang sasaran laut dan darat berdekatan; pesawat luncur, helikopter dan pesawat lain untuk membawa pasukan airborne seperti askar payung terjun; pesawat penangki minyak untuk melanjutkan masa operasi atau jarak; dan pesawat pengangkut tentera untuk memindahkan kargo dan anggota. Dari segi sejarah, pesawat tentera termasuklah belon yang membawa peninjau artileri; kapal udara untuk mengebom bandar-bandar; pelbagai jenis pesawat pengintipan, pengawasan dan amaran awal udara yang membawa peninjau, kamera dan peralatan radar; pengebom torpedo untuk menyerang perkapalan musuh; dan pesawat tentera penyelamat udara-laut untuk menyelamatkan askar udara yang jatuh. Peperangan udara moden termasuklah peluru berpandu dan pesawat udara tanpa pemandu. Pasukan darat mungkin bertindak balas terhadap aktiviti udara musuh dengan...
116 Comments & Tags
0 Μοιράστηκε
1 Views