https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_tulisan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_tulisan
MS.WIKIPEDIA.ORG
Sistem tulisan
Sistem tulisan ialah kaedah untuk memaparkan komunikasi lisan secara visual berdasarkan aksara dan satu set peraturan yang mengawal penggunaannya. Walaupun kedua-dua bentuk penulisan dan bentuk pertuturan berguna dalam menyampaikan mesej, berbeza dengan bentuk pertuturan, bentuk penulisan dapat menyimpan dan meminda maklumat yang boleh dipercayai. Sistem penulisan memerlukan kongsian pemahaman antara penulis dan pembaca tentang makna di sebalik pelbagai susunan huruf yang membentuk sesuatu tulisan. Bentuk penulisan pada masa ini selalunya terakam pada medium bertahan lama seperti kertas atau peranti storan elektronik, walaupun kaedah yang kurang tahan lama pun boleh digunapakai, seperti tulisan di pada paparan komputer, di papan hitam, di atas pasir atau melalui contengan kata di langit. Pembacaan teks penulisan tersebut boleh dilakukan melalui pemprosesan dalaman di minda atau boleh juga dilafazkan. Sistem tulisan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti jenis abjad, jenis sukukataan atau jenis logografi, walaupun mana-mana sistem tertentu mungkin mempunyai sifat-sifat yang boleh merangkumi lebih daripada satu kategori. Dalam kategori abjad, satu set...
37 Tags 0 aandelen 1 Views

Password Copied!

Please Wait....